Solat adalah
amalan ibadah yang paling profesional bagi Anatomi tubuh manusia. Dari sudut
pandangan ilmiah, solat ialah gudang ubat bagi pelbagai jenis penyakit.
SUJUD
Postur: Menungging dengan meletakkan kedua tangan, lutut, hujung kaki, dan dahi
pada lantai. Manfaat: Aliran getah dipam ke bahagian leher dan ketiak. Posisi
jantung di atas otak menyebabkan darah kaya dengan oksigen boleh mengalir
maksimum ke otak. Aliran ini berpengaruh pada daya fikir seseorang. Kerana itu,
lakukan sujud dengan tuma'ninah, jangan tergesa gesa agar darah mencukupi
kapasitinya di otak. Postur ini juga menghindarkan gangguan buasir. Khusus bagi
wanita, baik rukuk mahupun sujud memiliki manfaat luar biasa bagi kesuburan dan
kesihatan organ kewanitaan.
Pakar sains
mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakkan sistem
pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau
tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika
sembahyang:
1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat
asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia.
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud
adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang
tubuh.
7. Meringankan bahagian pelvis.
8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
9. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud
dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih
kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran
perjalanan darah.
10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah
berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita
bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada
sakit gelombang perut.(Convulsions).
13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah
dan oksigen.
14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke
otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan
sebagainya.
15. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di
hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan
sebagainya.
16. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan
kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain,
menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti
seseorang.
Untuk itu marilah kita sama-sama mengamalkan sujud dalam solat yang banyak dan
lama-lama bagi satu-satu sujud. Dan sujud lama dalam solat terutamanya dalam
solat sunat yang bersendirian adalah digalakkan di dalam Islam. Wallahu a’lam.
TAKBIRATUL
IHRAM
Postur:
berdiri tegak, mengangkat kedua tangan sejajar telinga, lalu melipatnya di
depan perut atau dada bahagian bawah. Manfaat: Gerakan ini melancarkan aliran
darah, getah bening (limfa) dan kekuatan otot lengan. Posisi jantung di bawah
otak memungkinkan darah mengalir lancar ke seluruh tubuh. Ketika mengangkat
kedua-dua tangan, otot bahu meregang sehingga aliran darah yang kaya dengan
oksigen menjadi lancar. Kemudian kedua-dua tangan didekapkan di depan perut
atau dada bahagian bawah. keadaan ini menghindarkan dari pelbagai gangguan
persendian, khususnya pada tubuh bahagian atas.
RUKUK
Postur:
Rukuk yang sempurna bertanda tulang belakang yang lurus sehingga bila
diletakkan segelas air di atas punggung tersebut tak akan tumpah. Posisi kepala
lurus dengan tulang belakang. Manfaat: Postur ini menjaga kesempurnaan
kedudukan dan fungsi tulang belakang (corpus vertebrae) sebagai penyangga tubuh
dan pusat saraf. Posisi jantung sejajar dengan otak, maka aliran darah maksimum
pada tubuh bahagian tengah. Tangan yang bertumpu di lutut berfungsi relaksasi
bagi otot-otot bahu hingga ke bawah. Selain itu, rukuk adalah latihan kencing
untuk mengelakkan gangguan prostat.
IKTIDAL
Postur:
Bangun dari rukuk, tubuh kembali tegak setelah, mengangkat kedua tangan
setinggi telinga. Manfaat: I'tidal adalah variasi postur setelah rukuk dan
sebelum sujud. Gerak berdiri bungkuk berdiri sujud merupakan latihan pencernaan
yang baik. Organ organ pencernaan di dalam perut mengalami urutan dan
pelonggaran secara bergantian. Kesannya, pencernaan menjadi lebih lancar.
DUDUK
Postur:
Duduk ada dua iaitu iftirosy (tahiyyat awal) dan tawarruk (tahiyyat akhir).
Perbezaan terletak pada posisi telapak kaki. Manfaat: kita bertumpu pada
pangkal paha yang disambungkan dengan saraf nervus Ischiadius. Posisi ini
menghindarkan sakit pada pangkal paha yang sering menyebabkan penderitanya
seperti tidak mampu berjalan. Duduk tawarruk sangat baik bagi lelaki sebab
tumit menekan aliran pundi kencing (urethra), kelenjar kelamin lelaki
(prostata) dan saluran vas deferens. Jika dilakukan. dengan betul, postur ini
mencegah impotensi. Variasi posisi telapak kaki pada iffirosy dan tawarruk
menyebabkan seluruh otot kaki turut meregang dan kemudian relaks kembali. Gerak
dan tekanan harmonis inilah yang menjaga. kelenturan dan kekuatan organ-organ
gerak kita.
SALAM
Gerakan:
Memainkan kepala ke kanan dan ke kiri secara maksimum. Manfaat: kelonggaran
otot sekitar leher dan kepala menyempurnakan aliran darah di kepala. Gerakan
ini mencegah sakit kepala dan menjaga kekencangan kulit wajah. Beribadah
secara, berterusan bukan saja menyuburkan iman, tetapi mempercantik diri wanita
luar dalam.